SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 27/04/17 - 03/05/17

SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 27/04/17 - 03/05/17
RON95: RM2.21 (turun 6 sen)
RON97: RM2.48 (turun 6 sen)
Diesel: RM2.14 (turun 7 sen)

HARGA MINYAK TURUN.. YEAHHHHHHH... HOORAYYYYY..

harga minyak turun untuk minggu ini.. semua orang ada senyummmm.. hik hik hik

salah siapa harga minyak turun?????

salah orang yang merungut minyak naik mingu lepas.. ini semua salah mereka.. mereka yang dok melalak marah minyak naik minggu lepas.. tindakan mereka yang mempersoalkan minyak naik telah mengakibatkan minyak turun minggu ini.. hehehe.. kalaulah mereka duduk diam sahaja mesti minyak tak turun harga.. lain kali duduk diam-diam aje.. tindakan mereka yang meyebabkan minyak turun harga telah menyusahkan ramai pihak.. hehehe.. beranganlah korang.. takde kena mengena pun korang bising dengan harga minyak.. harga minyak ikut pasaran.. betapa kuat korang bising pun kalau minyak dunia naik maka naik le harga minyak. hik hik hik

pihak pertama yang sedih minyak turun tentulah stesyen minyak.. kebiasaanya kalau minyak naik malam tadi.. stesyen minyak seluruh negara akan mengadakan dan menganjurkan pesta beratur di terminal pam minyak secara berjemaah.. kehadiran tanpa dijemput tak pernah mengecewakan.. sentiasa full house.. tauke stesyen minyak bersedih malam tadi.. stesyen minyak sepi.. huhuhuhu...

pihak kedua yang rasa susah minyak turun barangkali pengusaha kedai makan dan restoran... huhuhuhu.. perancangan serta congakkan yang mereka lakukan dah lari.. nak naik harga makanan dah takde sebab.. mengamuk orang kalau mereka naikkan harga waktu minyak turun.. maka mereka pun mencapai kata putus mengekalkan harga pada paras yang sama.. semua mereka membisu dan menutup mulut jika pelanggan tanya kenapa harga makanan tak turun waktu minyak turun? tapi sibuk naik masa minyak naik kerana pertambahan kos.. huhuhuhu..

pihak seterusnya yang susah dan marah bila minyak turun harga ialah... pengusaha pengangkutan logistik dan awam.. hahahahaha.. jangan diharap le tiket bas dan tambang teksi turun.. huhuhuhu..isu ni takkan timbul waktu minyak turun harga..  proposal dan perancangan naik harga tiket dan tambang kena tangguh dulu.. huhuhuhu.. kena tunggu minyak naik semula baru boleh kemukakan proposal ke kementerian.. tak sabar mereka menunggu kenaikan harga minyak.. maka bolehlah mereka menyalak mogok minta kaji semula kadar tambang.. huhuhuhu..

PIHAK YANG SANGAT MARAH MINYAK TURUN SEMALAM IALAH>>>> AKUUUUUUU>>>semalam aku isi minyak penuh tangki kereta waktu pagi.. huhuhu.. malas nak beratur waktu malam isi minyak konon .. huhuhuhu.. tup tup .. MINYAK TURUN........ Arghhhhhhhh.


Ulasan