Harga Minyak 20 April Hingga 26 April 2017


Minyak naik lagi.. Untuk kali ketiga bulan ini.. huhuhuhu.. nak salahkan siapa?

Mulakan dengan menunding jari kepada kerajaan.. Kerajaan gagal mengawal harga minyak.hehehehe... Kerajaan ke yang kawal harga minyak? Bukan harga minyak ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia?... pada pendapat aku le.. 

PENDAPAT AKU ok boleh jadi betul boleh jadi salah.. Kerajaan gagal atau sengaja tidak bertindak awal.. apabila harga minyak dunia naik.. terdapat pertambahan terhadap perolehan kepada negara.. hasil pendapatan negara harus meningkat.. peningkatan ini seharusnya memberi ruang kepada kerajaan untuk menstabilkan harga minyak dalam negara.. CARANYA.. huhuhu tentulah dengan cara subsidi minyak... 

SUBSIDI MINYAK.. kat sinilah kita boleh menunding jari kita beralih arah kepada PEMBANGKANG.. pembangkang yang bersalah dalam soal ini.. dulu elok aje ada subsidi.. pembangkang yang sebuk minta minyak ikut harga pasaran.. huhuhuhu...kerajaan dituduh zalim sebab harga minyak dikawal kerajaan.. harga minyak mengikut harga pasaran jauh lebih rendah dipasaran dunia berbanding harga yang ditetapkan kerajaan. Lalu kerajaan pun mansuhkan subsidi.. harga minyak pun ikutlah harga pasaran.. Padan muka kita dengar sangat cakap pembangkang.. ambik kau harga minyak makin naik...

Pembangkang salah ke? huhuhu.. bukan ke cadangan untuk  mengikut harga pasaran itu kerana minyak dunia jatuh ke? salah ke pembangkang cadangkan minyak ikut pasaran? bukan kerana waktu itulah cara terbaik untuk rakyat menikmati harga minyak yang lebih murah? bukan ke itulah mekanisma terbaik sewaktu harga minyak jatuh? dan mekanisma terbaik bila minyak naik ialah SUBSIDI di perkenalkan semula?

HUHUHUHU.. jadi salah siapa? Salah SUBSIDI?
ya mungkin subsidilah yang salah.. terlalu bergantung pada subsidi buat rakyat menjadi manja.. semuanya perlu dibantu.. semuanya harap bantuan kerajaan..TAPIIIIIIII.. hehehehe.. aduh merapu betul aku ni.. bukan itulah tanggungjawab sebagai kerajaan ke? tubuh kerajaan untuk berkhidmat pada rakyat.. mensejahterakan rakyat.. bukan menjadi raja kepada rakyat.. 
teringat kata-kata Pak Hamid Gurkha dalam suatu filem yang aku lupa tajuknya.. katanya.. jangan panggil saya Yang BERHORMAT.. panggil saya Yang BERKHIDMAT..  wakil rakyat patutnya berkhidmat untuk rakyat bukan sebaliknya.. huhuhuhu..

kesimpulannya??????
salah siapa?????

hurmmmmmmmmmm... salah kita... hik hik hik...
tunding sana tunding sini cari salah siapa? bukan seharusnya kita cari penyelesaian.. sampai bila nak bergantung pada minyak untuk mengerakkan kenderaan.. apa sudah jadi pada R&D biodiesel? punya lah banyak kelapa sawit yang menghasilkan minyak kenapa slow sangat R&D nih? opssss lupa hik hik hik.. minyak masak pun mahal.. hik hik hik takde subsidi.. salah SUBSIDI lagi huhuhu..
macamana pula teknologi hijau? apa sudah jadi pada kenderaan elektrik dan solar??
berlumba-lumba pelajar engineering pusat pengajian tinggi menyertai perlumbaan kereta solar setiap tahun.. bermacam protataip kenderaan dicipta.. tapi hasil yang dikomersialkan??? huhuhu.. ini pasti salah KONSPIRASI

ya... mesti ada konspirasi yang menyekat R&D ini.. kalau semua kenderaan tidak lagi bergantung pada minyak.. maka emas hitam tidak lagi bernilai.. huhuhu.. jadi ini mesti ada kospirasi yang besar.. HAHAHAHA.. KONSPIRASI MINYAK DUNIA.

JADIIIIIIIII.... hadap ajelah.. pi stesen minyak isi ajelah.. semalam isi RM50.. hari ni isi RM50 juga.. aku belum pernah jumpa orang isi minyak mintak isi ikut liter hehehe.. tapi sebenarnya kalau nak minyak murah isi liter le untung.. macam mana????

harga 20/4/2017 RON 95 RM2.27 seliter..
minta isi 3 liter... RM2.27x3 liter= RM6.81
bayar kat kaunter RM6.80 aje.. hehehe kita dah JIMAT 1 sen..

GEMUK MENULIS.....

Ulasan