Nikah Perogol



Nikah perogol.. topik yang hangat dibincangkan di parlimen sedikit masa lalu...

Pelbagai perbezaan pendapat diutarakan serta pelbagai pandangan diutarakan sama ada menyokong dan membangkang pendapat tersebut... persoalan yang meyebabkan hal ini hangat serta kontraversi ialah ia melibatkan rogol yang diikat undang-undang iaitu pesetubuhan yang dilakukan terhadap gadis bawah umur.. suka sama suka pun dianggap rogol...

Aku bukanlah nak berbahas atau memihak kepada siapa yang betul dan salah.. aku cuma nak kemukakan pendapat aku.. pendapat aku ni pun bukan 100% betul.. terbuka untuk diperbetulkan..sekadar pendapat aku sebagai lelaki.. 

Bawah umur.. seks suka sama suka.. kenapa nak anggap ROGOL.. bukankah itu menganiaya kaum lelaki.. bercinta bagai nak rak.. saling tertarik antara satu sama lain.. hanyut dalam lautan asmara..akhirnya tewas dengan nafsu yang membara.. terlanjur.. tapi undang-undang anggap ROGOL.. adil ke????  kesian orang lelaki.. Jangan ingat aku memihak kepada mereka.. cuma itulah yang kenyataannya.. TAPIIIIIIII...tidakkah perogol ini terfikir.. hehehehe.. orang yang disetubuhi itu adalah kanak-kanak.. YA... tubuh mereka gebu dan menarik.. persis orang dewasa.. tapi hakikat tetap hakikat mereka ini adalah KANAK-KANAK... huhuhuhu....

Sudut pandangan seorang lelaki memanglah suka sama suka.. macam tiada salahnya.. tapi sudut pandangan seorang BAPA?????? huhuhu.. anak dara bawah umur.. kanak-kanak yang dilindungi keluarga.. ditatang bagai minyak yang penuh.. akhirnya ternoda... perempuan nih insan yang lemah.. lelaki nih sebagai pelindung.. memanglah bercinta bagai nak rak.. tapi kenapa sampai terlanjur???? kerana nafsu???? hik hik hik.. atau memang niat nak cuba.. sedap ke tak???? soalnya yang kau cuba tu kanak-kanak.. huhuhuhu... Mana tanggungjawab sebagai lelaki yang melindungi????

Tapi persoalannya adakah NIKAH PEROGOL penyelesaiannya??????

Kanak-kanak perempuan bawah ini dinikahkan dengan PEROGOL bagi menutup malu.. Ialah.. dah suka sama suka.. cinta sepenuh hati.. kenapa nak larang.. kahwinkan aje senang.. Yang lelaki selamat dari undang-undang.. yang perempuan dapat tutup aib dan malu...TAPIIIIIII... inikah peyelesaiannya????? title PEROGOL dah jadi SUAMI...

Maaflah.. aku menentang perkahwinan yang hanya nak tutup malu..macam yang aku cakap perempuan nih insan lemah.. bukan nak seksis.. tapi tolong jangan perjudikan masa depan kanak-kanak ini.. Jika sekarang pun lelaki tu tak dapat nak lindung perempuan tersebut bagaimana masa depan??? huhuhu..

YAAAA... beri ruang dan peluang untuk lelaki insaf.. menyesali perbuatan.. KAHWIN bagi membetulkan kesilapan.. bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan....^TAPIIIII... bagi aku... kalau betul menyesal.. serah diri pada undang-undang... terimalah hukuman.. kembali semula setelah dhukum.. majukan diri.. datang dan minta untuk bertanggungjawab pada mangsa barulah boleh aku anggap INSAF...

TAPI.. ini hanya pendapat aku..  boleh jadi betul.. boleh jadi salah.. huhuhuhu

GEMUK MENULIS..

Ulasan